Ahad, 1 Disember 2019

Sains Awal Kanak-Kanak


Rancangan Pengajaran Harian

Kelas               : Tadika Kemas Cempaka

Tarikh              : 14 Oktober 2019

Masa               : 30 Minit (9:00 a.m - 9:30 a.m)

Bilangan murid: 10 Orang

Umur               : 5 Tahun

Modul             : Bertema

Tema               : Diri Saya

Subtema          : Anggota Badan

Tajuk               : Mari mengenal anggota badan dan deria manusia

Tunjang utama: Tunjang Sains dan Teknologi

Fokus              : (SA 3.0) Menyiasat Alam Hidupan

Standard Kandungan: (SA 3.2) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan dan deria mereka

Standard Pembelajaran: (SA 3.2.1) Mengenal pasti anggota badan

Kesepaduan Tunjang: Tunjang Fizikal dan Estetika

Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:

1)  Kenal pasti anggota badan seperti mata, telinga, hidung, mulut, tangan

2)  Menyebut dan kenal pasti jenis deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan

Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak telah mengetahui beberapa anggota badan

Kemahiran Berfikir: Membezakan jenis deria manusia seperti penglihatan,  pendengaran, bau, rasa dan sentuhan

Penerapan Nilai: Mendengar arahan guru, berani mencuba, memberi kerjasama

ABM/BBM: Laptop, pembesar suara, projektor, kad bergambar anggota badan, jenis bunga

Kosa Kata: Mata, telinga, hidung, mulut, tangan, bau, bunga





Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru dan Kanak-kanak
Abm/ Catatan

Set Induksi
(4 Minit)

- Tayangan video anggota badan
-     Lirik lagu didi and friends:
-  Kepala bahu lutut kaki
-        Lutut kaki
-  Kepala bahu lutut kaki
-          Lutut kaki
-      Mata telinga mulut dan hidung
-  Kepala bahu lutut kaki
-        Lutut kaki
Ulang semula lagu 2 kali.

-     Guru menunjukkan tayangan video anggota badan kepada kanak-kanak.
-      Guru meminta kanak- kanak melihat dan mendengar terlebih dahulu tayangan video itu.
-        Guru meminta kanak-kanak berdiri dan menyanyi sambil meniru pergerakkan dalam video bersama-sama guru.
- Kanak-kanak mendengar arahan guru.
- Kanak-kanak menyanyi sambil meniru pergerakan dalam video bersama-sama guru.

-  Laptop
-  Pembesar suara
-  Projektor


Langkah 1
(6 Minit)

-  Mengenal anggota badan:
-          Mata
-          Telinga
-          Hidung
-          Mulut
-          Tangan
-          Bersoal jawab
1)      Apakah nama anggota badan ini?

- Guru menunjukkan kad bergambar anggota badan kepada kanak-kanak.
-      Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
-  Kanak-kanak melihat kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.
- Kanak-kanak menjawab soalan guru.

- Kad gambar anggota badan

Langkah 2
(7 Minit)

-    Tayangan video deria manusia (Tadika)
-   Mengenal jenis deria:
-          Penglihatan
-          Pendengaran
-          Bau
-          Rasa
-          Sentuhan

-      Guru menerangkan tentang deria yang dimiliki oleh manusia kepada kanak-kanak.
-      Guru menunjukkan tayangan video deria manusia kepada kanak-kanak.
-         Guru meminta kanak-kanak memberi perhatian dan melihat tayangan video itu bersama-sama guru.
- Kanak-kanak memberi tumpuan semasa guru memberi penerangan.
-          Kanak-kanak memberi perhatian dan melihat tayangan video bersama-sama guru.

-      Laptop
-      Pembesar suara
-     Projektor


Langkah 3
(10 Minit)

-          Meneroka
-          Bersoal jawab
1)      Anggota badan manakah yang digunakan untuk mengecam bau bunga ini?
2)      Apakah jenis deria yang digunakan untuk mengecam bau bunga ini?

-        Guru meminta kanak-kanak berbaris sebelum keluar kelas.
-        Guru meminta kanak-kanak mencari bunga yang terdapat di halaman tadika.
-   Setelah itu, guru meminta kanak-kanak membaukan bunga yang mereka jumpa itu.
-     Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
- Kanak-kanak mendengar arahan guru.
- Kanak-kanak menjawab soalan guru.


-          Bunga

Penutup
(3 Minit)

-      Mengimbas kembali pembelajaran
1)      Apakah yang kamu belajar hari ini?
2)      Berikan dua contoh deria yang kamu belajar hari ini?
3)      Berikan dua contoh anggota badan yang menggunakan deria tersebut.

-        Guru meminta kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran yang mereka belajar hari ini.
-  Guru menanyakan soalan kepada kanak-kanak.
- Kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran yang mereka belajar hari ini.
- Kanak-kanak menjawab pertanyaan guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan