Kebaikan ICT Kepada Kanak-Kanak
Kecanggihan atau pemodenan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Teknologi ICT ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Melalui penggunaan ICT pelbagai kebaikan yang kita mampu perolehi termasuk kanak-kanak. Terdapat beberapa kebaikan ICT kepada kanak-kanak ialah:
1. Memudahkan Proses Pembelajaran Kepada Kanak-Kanak.
Dengan penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah akan lebih mudah dan senang. Dengan adanya penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan.
2. Meningkatkan Daya Kreativiti dan Imaginasi
Melalui ICT ia mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. Kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat memberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.
3. Mahir penggunaan ICT
Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan betapa masyarakat amat teruja dengan kemudahan teknologi pada masa kini. Boleh dikatakan setiap individu mampu dan pandai menggunakan teknologi moden terutamanya berkaitan dengan ICT. Malah sesiapa yang tidak pandai dalam penggunaan ICT, mereka akan dikatakan sebagai seorang yang ketinggalan zaman dan tidak kurang ada yang memperlekehkan. Oleh itu, pendedahan peralatan ICT kepada kanak-kanak amat penting. Ini kerana adalah untuk melatih kanak-kanak supaya lebih mahir dalam menggunakan kemudahan ICT. Dengan pendedahan ICT ini kanak-kanak akan lebih bijak menggunakan internet dalam mencari maklumat dan mengurangkan salah guna ICT.
Rujukan:
http://kanakkanakpintarcerdas.blogspot.com/2017/03/kebaikan-ict-untuk-kanak-kanak.html
Keburukan ICT Kepada Kanak-Kanak
1. Membantutkan Perkembangan Sosial
Permasalahan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan dan kawalan oleh ibu bapa. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain dan membuatkan mereka menjadi ketagih dengan permainan tersebut sekali gus akan merencatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. Dengan hanya bermain permainan komputer ia juga akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi melakukan aktiviti di luar rumah.
2. Menjejaskan Kesihatan
ICT memberi impak kesihatan yang buruk kepada kanak-kanak seperti masalah penglihatan (rabun dekat dan rabun jauh), kekurangan zat makanan yang disebabkan mereka terlalu fokus terhadap permainan sehingga mereka mengabaikan masa makan. Sebaliknya jika kanak-kanak melayari internet sambil makan makanan segera ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah kegemukan.
3. Pengaruh Dengan Budaya Tidak Sihat
Dengan penggunaan internet tanpa kawalan ia akan menyebabkan kanak-kanak akan terdedah dengan perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka laman web tersebut kanak-kanak akan terus melihat. Hal ini kerana ia menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Secara tidak langsung mereka akan terus meniru perkara negatif itu tanpa mengetahui baik buruk dan kesan perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh menjejaskan pemikiran mereka.
Rujukan:
http://kanakkanakpintarcerdas.blogspot.com/2017/03/kebaikan-ict-untuk-kanak-kanak.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan