Selasa, 8 Oktober 2019

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Pengenalan



ICT merupakan singkatan perkataan daripada Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.


         Secara ringkasnya, Teknologi maklumat merupakan satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan ]]dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia juga melibatkan televisyen, telefon bimbit, fax, telegram, radio,kamera digital, DVD, VCD dan sistem  satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
           
            Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
          
        Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang lebih  kreatif. 



Rujukan:
http://luckmanvirus002.blogspot.com/2014/07/maksud-ict.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan