Khamis, 21 November 2019

Sains Awal Kanak-Kanak


Pengenalan


Abrusco (1982) mengatakan bahawa sains adalah proses yang melibatkan kemahiran manipulatif dan intelek bagi mendapatkan maklumat  berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui proses saintifik. Pengetahuan, nilai dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran sains sepatutnya dapat membantu kanak-kanak dalam memahami dan mencorakkan persekitaran di sekelilingnya.                    Dalam pendidikan awal kanak-kanak, sains merupakan satu proses pembelajaran di mana ia dapat mengalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, membuat inferens dan menjalankan uji kaji. Dengan adanya bimbingan daripada guru, kanak-kanak dapat memahami serta menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, memerhati, membuat ramalan dan menyediakan laporan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan