Isnin, 9 Disember 2019

Tentang Kami


😊Assalamualaikum😊

Selamat datang ke blog kami. Kami bertiga adalah pemilik kepada blog ini. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.




Aziatul
Student of Kolej Ketengah 
"A child  need encourge like a plant needs water"



Syahirah
Student of Kolej Ketengah
"Budaya Membaca, Budaya Ilmu"



Khalilah
Student of Kolej Ketengah
"Every child is an artist"

Khamis, 5 Disember 2019

Program Sukaneka


Pada 11 November 2019 iaitu hari Isnin, Kami dari batch 9 telah mengadakan program sukaneka bersama kanak-kanak beserta guru Tadika Taman Setia. Aktiviti yang telah kami adakan:


1. Sarapan Pagi






 2. Aktiviti bawa bola pingpong dalam sudu





 3. Aktiviti isi air dalam botol





 4. Aktiviti kerusi muzik






 5. Aktiviti kepit bola









6. Aktiviti membawa bola pingpong menggunakan chopstick





7. Aktiviti passing kain batik






Video Aktiviti Sukaneka di Tadika Taman Setia









Rabu, 4 Disember 2019

Sains Awal Kanak-Kanak


Contoh Aktiviti-Aktiviti Sains Kanak-Kanak

1. Mencantum Warna Pelangi








2. Memerhati Perubahan Tumbuhan



Related image



3. Meneroka



Related image

4. Eksperimen Gunung Berapi


Image result for contoh gambar eksperimen gunung berapi kanak-kanak

Ahad, 1 Disember 2019

Sains Awal Kanak-Kanak


Rancangan Pengajaran Harian

Kelas               : Tadika Kemas Cempaka

Tarikh              : 14 Oktober 2019

Masa               : 30 Minit (9:00 a.m - 9:30 a.m)

Bilangan murid: 10 Orang

Umur               : 5 Tahun

Modul             : Bertema

Tema               : Diri Saya

Subtema          : Anggota Badan

Tajuk               : Mari mengenal anggota badan dan deria manusia

Tunjang utama: Tunjang Sains dan Teknologi

Fokus              : (SA 3.0) Menyiasat Alam Hidupan

Standard Kandungan: (SA 3.2) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan dan deria mereka

Standard Pembelajaran: (SA 3.2.1) Mengenal pasti anggota badan

Kesepaduan Tunjang: Tunjang Fizikal dan Estetika

Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:

1)  Kenal pasti anggota badan seperti mata, telinga, hidung, mulut, tangan

2)  Menyebut dan kenal pasti jenis deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan

Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak telah mengetahui beberapa anggota badan

Kemahiran Berfikir: Membezakan jenis deria manusia seperti penglihatan,  pendengaran, bau, rasa dan sentuhan

Penerapan Nilai: Mendengar arahan guru, berani mencuba, memberi kerjasama

ABM/BBM: Laptop, pembesar suara, projektor, kad bergambar anggota badan, jenis bunga

Kosa Kata: Mata, telinga, hidung, mulut, tangan, bau, bunga





Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru dan Kanak-kanak
Abm/ Catatan

Set Induksi
(4 Minit)

- Tayangan video anggota badan
-     Lirik lagu didi and friends:
-  Kepala bahu lutut kaki
-        Lutut kaki
-  Kepala bahu lutut kaki
-          Lutut kaki
-      Mata telinga mulut dan hidung
-  Kepala bahu lutut kaki
-        Lutut kaki
Ulang semula lagu 2 kali.

-     Guru menunjukkan tayangan video anggota badan kepada kanak-kanak.
-      Guru meminta kanak- kanak melihat dan mendengar terlebih dahulu tayangan video itu.
-        Guru meminta kanak-kanak berdiri dan menyanyi sambil meniru pergerakkan dalam video bersama-sama guru.
- Kanak-kanak mendengar arahan guru.
- Kanak-kanak menyanyi sambil meniru pergerakan dalam video bersama-sama guru.

-  Laptop
-  Pembesar suara
-  Projektor


Langkah 1
(6 Minit)

-  Mengenal anggota badan:
-          Mata
-          Telinga
-          Hidung
-          Mulut
-          Tangan
-          Bersoal jawab
1)      Apakah nama anggota badan ini?

- Guru menunjukkan kad bergambar anggota badan kepada kanak-kanak.
-      Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
-  Kanak-kanak melihat kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.
- Kanak-kanak menjawab soalan guru.

- Kad gambar anggota badan

Langkah 2
(7 Minit)

-    Tayangan video deria manusia (Tadika)
-   Mengenal jenis deria:
-          Penglihatan
-          Pendengaran
-          Bau
-          Rasa
-          Sentuhan

-      Guru menerangkan tentang deria yang dimiliki oleh manusia kepada kanak-kanak.
-      Guru menunjukkan tayangan video deria manusia kepada kanak-kanak.
-         Guru meminta kanak-kanak memberi perhatian dan melihat tayangan video itu bersama-sama guru.
- Kanak-kanak memberi tumpuan semasa guru memberi penerangan.
-          Kanak-kanak memberi perhatian dan melihat tayangan video bersama-sama guru.

-      Laptop
-      Pembesar suara
-     Projektor


Langkah 3
(10 Minit)

-          Meneroka
-          Bersoal jawab
1)      Anggota badan manakah yang digunakan untuk mengecam bau bunga ini?
2)      Apakah jenis deria yang digunakan untuk mengecam bau bunga ini?

-        Guru meminta kanak-kanak berbaris sebelum keluar kelas.
-        Guru meminta kanak-kanak mencari bunga yang terdapat di halaman tadika.
-   Setelah itu, guru meminta kanak-kanak membaukan bunga yang mereka jumpa itu.
-     Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
- Kanak-kanak mendengar arahan guru.
- Kanak-kanak menjawab soalan guru.


-          Bunga

Penutup
(3 Minit)

-      Mengimbas kembali pembelajaran
1)      Apakah yang kamu belajar hari ini?
2)      Berikan dua contoh deria yang kamu belajar hari ini?
3)      Berikan dua contoh anggota badan yang menggunakan deria tersebut.

-        Guru meminta kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran yang mereka belajar hari ini.
-  Guru menanyakan soalan kepada kanak-kanak.
- Kanak-kanak mengimbas kembali pembelajaran yang mereka belajar hari ini.
- Kanak-kanak menjawab pertanyaan guru.