Khamis, 17 Oktober 2019

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Contoh Aktiviti-Aktiviti ICT Kepada Kanak-Kanak



1. Menyanyi

2. Bermain Komputer

3. Bermain Gajet

4. Menonton Televisyen








Rabu, 16 Oktober 2019

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Contoh Komponen Asas Komputer


1. Papan Kekunci


Image result for contoh peralatan komputer


2. Tetikus


Image result for contoh peralatan komputer tetikus

3. Pembesar Suara 


Image result for contoh peralatan komputer pembesar suara

4. Monitor 

Related image


5. Unit Pemprosesan (CPU)


Related image


Isnin, 14 Oktober 2019

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Kepentingan ICT kepada kanak-kanak 




  1. Dapat membantu kanak-kanak untuk berhubung dan berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara dan kanak-kanak dapat memperolehi maklumat dari seluruh dunia.
  2. Peralatan ICT mampu membantu kanak-kanak untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet juga, kanak-kanak dapat membuat pelbagai aktiviti yang melibatkan kognitif kanak-kanak yang akan mendorong mereka untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
  3. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang mempunyai pelbagai keupayaan. Di mana di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.
  4. Mempunyai peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional di mana ICT menyediakan kaedah penciptaan dan penerokaan secara aktif.
  5. Menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod maklumat yang diperolehi.
  6. Menjimatkan masa untuk pencarian maklumat.
  7. Meningkatkan kemahiran guru dan murid tentang ICT.
  8. Dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain.
  9. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
  10. Merasai pengalaman dunia sebenar.

Rujukan:

Khamis, 10 Oktober 2019

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Kebaikan ICT Kepada Kanak-Kanak





Kecanggihan atau pemodenan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Teknologi ICT ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Melalui penggunaan ICT pelbagai kebaikan yang kita mampu perolehi termasuk kanak-kanak. Terdapat beberapa kebaikan ICT kepada kanak-kanak ialah: 


        1. Memudahkan Proses Pembelajaran Kepada Kanak-Kanak.


Dengan penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah akan lebih mudah dan senang. Dengan adanya penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

         2. Meningkatkan Daya Kreativiti dan Imaginasi


Melalui ICT ia  mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. Kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat memberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir. 

         3. Mahir penggunaan ICT 


Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan betapa masyarakat amat teruja dengan kemudahan teknologi pada masa kini. Boleh dikatakan setiap individu mampu dan pandai menggunakan teknologi moden terutamanya berkaitan dengan ICT. Malah sesiapa yang tidak pandai dalam penggunaan ICT, mereka akan dikatakan sebagai seorang yang ketinggalan zaman dan tidak kurang ada yang memperlekehkan. Oleh itu, pendedahan peralatan ICT kepada kanak-kanak amat penting. Ini kerana adalah untuk melatih kanak-kanak supaya lebih mahir dalam menggunakan kemudahan ICT.  Dengan pendedahan ICT ini kanak-kanak akan lebih bijak menggunakan internet dalam mencari maklumat dan mengurangkan salah guna ICT.





Keburukan ICT Kepada Kanak-Kanak



        1. Membantutkan Perkembangan Sosial


Permasalahan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan dan kawalan oleh ibu bapa. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain dan membuatkan mereka menjadi ketagih dengan permainan tersebut sekali gus akan merencatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. Dengan hanya bermain permainan komputer ia juga akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi melakukan aktiviti di luar rumah.

        2. Menjejaskan Kesihatan


ICT memberi impak kesihatan yang buruk kepada kanak-kanak seperti masalah penglihatan (rabun dekat dan rabun jauh), kekurangan zat makanan yang disebabkan mereka terlalu fokus terhadap permainan sehingga mereka mengabaikan masa makan. Sebaliknya jika kanak-kanak melayari internet sambil makan makanan segera ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah kegemukan. 

        3. Pengaruh Dengan Budaya Tidak Sihat



Dengan penggunaan internet tanpa kawalan ia akan menyebabkan kanak-kanak akan terdedah dengan perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka laman web tersebut kanak-kanak akan terus melihat. Hal ini kerana ia menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Secara tidak langsung mereka akan terus meniru perkara negatif itu tanpa mengetahui baik buruk dan kesan perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh menjejaskan pemikiran mereka.




Rujukan:
http://kanakkanakpintarcerdas.blogspot.com/2017/03/kebaikan-ict-untuk-kanak-kanak.html









Selasa, 8 Oktober 2019

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Pengenalan



ICT merupakan singkatan perkataan daripada Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.


         Secara ringkasnya, Teknologi maklumat merupakan satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan ]]dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia juga melibatkan televisyen, telefon bimbit, fax, telegram, radio,kamera digital, DVD, VCD dan sistem  satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
           
            Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
          
        Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang lebih  kreatif. 



Rujukan:
http://luckmanvirus002.blogspot.com/2014/07/maksud-ict.html